Jumaat, 19 Februari 2010
Seman Si Mat Rempit....
Didakapnya Seman dari belakang sambil berbisik manja ke telinga Seman,
"Bang, bawakla Ani balik malam ni. Ani sunyi la tido sorang-sorang nanti..."
Jari jemari Seman yang asyik mengira wang sejak tadi tiba-tiba berhenti. Kepalanya yang terhangguk-hangguk menunduk terus terdongak dek lambaian suara manja Ani yang menghembus ke telinganya. Seluruh badannya kaku, tergamam sejenak bagaikan dipanah petir.
Tanpa berkata apa, terus disumbatkan segala wang kertas ke dalam dompetnya lantas dipakaikan kepada Ani topi keledar lebih yang sentiasa dibawa kemana-mana untuk situasi-situasi sebegini. Dihidupkan enjin RXZnya lantas laju Seman memecut meninggalkan rakan-rakan sekumpulannya.
"Seman Seman... sen pun kau dapat... mambang pun kau dapat malam ni... memang malam kau la ni..."
Kata Raz, rakan karib Seman kepada dirinya sendiri.
Dalam perjalanan pulang, segala peluang untuk mencilok ruang dicelah-celah kereta tidak ditinggalkan oleh Seman. Apatah lagi, semakin kuat dia menekan minyak, semakin kuat jualah pelukan Ani. Segala jenis lampu isyarat dan bonggol tidak diendahkan Seman.
"Hehe... orang cakap pompuan ni kalau lu bagi dia takut-takut, nanti dia lagi ghairah..."
Fikir Seman di dalam benaknya sambil laju dia memecut ke dalam kawasan rumah flatnya.
Tanpa membuka topi keledar, terus dipimpin Ani naik ke rumahnya di tingkat sembilan. Di dalam lif, hati Seman berdebar-debar memikirkan rancangan seterusnya. Matanya tajam merenung susuk tubuh Ani yang tidak ubah seperti model jamu yang menjadi pujaanya.
Makin dekat mereka ke rumah Seman, makin kuat debaran hati Seman. Sampaikan tangannya menggigil masa membuka pintu. Sebaik masuk ke dalam rumah, lampu kalimantang yang malap dipasangnya.
"Ini macam baru romantik. Ani duduk dulu ye, bang Seman nak mandi jap..."
"Ala bang Seman, tak payah mandi la... meh la duduk sebelah Ani ni. Boring la sorang-sorang..."
Gedegang! Topi keledar yang dipegang Seman terjatuh dek pujuk rayu Ani.
Terketar-ketar dia berjalan ke arah Ani yang sudah pun terbaring di atas sofanya. Berderau darah Seman melihat Ani. Perlahan-lahan ditumbangkan badannya. Jari-jemarinya Seman mula nakal. Gelak tawa kecil Ani bagaikan menaikkan lagi nafsu Seman yang sudahpun membuak-buak. Ani akur, merelakan dirinya diexplore oleh Seman.
"Tok! Tok! Tok!"
Bunyi ketukan pintu rumahnya tiba-tiba membantutkan gerak-geri Seman.
"Jais... Jais..."
Suara seorang lelaki sedang melaung diluar pintu.
Seman terkedu. Degup jantungnya kini sepantas motornya tadi. Dipalingnya ke kanan dah ke kiri; tiada tempat untuk sembunyi. Hanya tingkap rumahnya menjadi jalan keluar. Tanpa menghiraukan ketinggian rumahnya, Seman terus terjun keluar tingkap sambil bergayut pada engsel tingkapnya.
"T...t...takpe takpe Ani. Gi tengok sapa tu, c...cakap ni rumah Ani. Dok sorang kat s...sini. Abang Seman cuba g...gayut kat sini..."
Kata Seman tergagap-gagap dalam ketakutan.
Ani terus ke pintu dan bila dibukanya, seorang lelaki dalam umur 30-an sedang berdiri sambil bertanya,
"Ni rumah encik Jais ke?"
Ani tergamam.
"Tolooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooong..."
Sayup tedengar suara Seman dari luar tingkap. Ani terus bergegas dan bila dijenguknya ke luar, mayat Seman sudahpun terdampar di tengah jalan.
Thank You Seven...
Pada suatu hari pemuda ini bergegas hendak ke tempat kerjanya sebab terlewat, sambil membawa beberapa barang. sedang asyik dia berjalan laju tiba-tiba dia terlanggar seorang mat salleh. Habis jatuh barang yang dibawanya, mat salleh itu pun membantu pemuda itu mengambil barang-barangnya yang jatuh.
Pemuda ; ( inilah peluangku untuk menguji kehebatanku berbahasa inggeris ) katanya dalam hati.
Mat salleh ; Oh, I'm sorry
Pemuda ; It's ok, never min. Thank you.
Mat salleh ; Thank you too.
Pemuda ; ( hmm..lepas two, mesti three ) thank you three.
Mat salleh ; ( hairan ) what for?
Pemuda ; ( four..four hmm five ) thank you five.
Mat salleh ; Are you sick?
Pemuda ; ( alamak, lepas sick.. seven pas aku tak tau dah.. mesti mau cabut ) Sambil mengambil barangnya... pemuda itu pun berteriak dari jauh .. Thank you seveeen! bye-bye .
Mat salleh ; ( bingung )
asal nama Elektrik
Ceritanya... . Pada suatu masa dulu selepas setahun Thomas Edison mencipta lampu, saintis tidak pernah terfikir memberi nama kuasa yang menyebabkan lampu itu hidup. Jadi, entah macam mana semasa lampu mula-mula hendak diperkenalkan di Tanah Melayu, ada seorang Melayu yang bernama Kulup Kalimantang mati-mati tidak percaya pada hasil ciptaan Thomas Edison itu. Semasa demonstrasi diadakan oleh Thomas di Tanah Melayu untuk memperkenalkan lampu itu, Kulup Kalimantang pun berkata dengan kuat.
"Ele..trick aje tu... ele..trick aje... ele trick!". ( Bermaksud tipu )
Thomas Edison berfikir Kulup berkata begitu kerana mengatakan lampu menyala disebabkan oleh kuasa "ele..trick" . Jadi digunakanlah perkataan "ELE..TRICK" yang dieja ELECTRIC mengikut ejaan orang putih. Sebagai mengingati jasa Kulup Kalimantang menamakan kuasa ELECTRIC itu, maka diciptalah sejenis lampu panjang yang dinamakan lampu kalimantang
Rabu, 17 Februari 2010
cerita lawak
> Sakit jiwa Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah
jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia
akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya.
Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah
beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi
mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak. Doktor : Adakah
kamu tahu siapa diri kamu sekarang? Lelaki : Ya doktor. Doktor :
Siapa kamu sebenarnya. Lelaki : Saya ini manusia doktor. Doktor : Ya
ke? Bukan jagung? Lelaki : Bukan, saya manusia doktor. Doktor : Kamu
takut dengan ayam? Lelaki : Tidak doktor. Doktor : Hmm..bagus.
Nampaknya kamu dah sembuh. Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu
pertanyaan. Doktor : Apa dia? Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni
dah berubah jadi manusia. Doktor : "??$$??"
Kalau Sampai Ipohhh.......
> Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5
tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan
pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti
kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan,
si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada
penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam
dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya
menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai
saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke
depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik..
sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap
soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya
lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak
kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak,
sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang
membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih
tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia
lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para
penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni..
perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa
bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu
menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak!
Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun
dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg
pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang
kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu
kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di
Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
atok & nenek
> korang pernah dgr or baca tak citer atok & nenek ni??? citer tu
macam ni la.... malam pertama:nenek pakai baju nipis, atok x
terkejut. malam kedua: nenek pakai miniskirt, atok slamber jer...
malam ketiga:nenek bogel, atok pun kata ,"APA PAKAI BAJU KEDUT2 NI
PEGI IRON DULU!".... ~~ni nak gelah ker nak nangis nih???~~
Skali Penjaga Gol daaa..
> Salwa baru saja memulakan pekerjaan barunya sebagai
seorang guru kaunseling di sebuah sekolah. Dia sangat bersemangat
untuk memberikan nasihat kepada pelajar2 di sekolah itu. Pada masa
rehat.. dia melihat seorang pelajar yang tengah berdiri seorang diri
hujung padang sedangkan kawan-kawangnya yang lain asyik bermain di
tengah-tengah padang mengejar bola antara satu sama lain. Salwa cuba
mendekati pelajar itu dan bertanya apakah dia ada masalah... Pelajar
itu menjawab bahawa keadaannya baik saja. Mendengar jawapan itu
Salwa lalu meninggalkannya. Beberapa minit kemudian Salwa
memerhatikan lagi pelajar itu masih sendirian di tempat yang sama.
Salwa kini yakin bahawa pelajar ini sebenarnya mempunyai masalah.
Lalu sekali lagi Salwa mendekati pelajar itu dan berkata penuh
kelembutan... "Apakah kamu mahu kalau saya menemanimu?" Pelajar itu
menjawab.. "Okey.. boleh saja...!" Merasa bahawa pendekatannya
berhasil Salwa bertanya lagi.. "Kenapa kamu berdiri seorang diri di
sini?" "Kerana ..." jawab pelajar itu dengan penuh
kehairanan... "... Saya adalah penjaga gol!"
tipah tertelan duit
Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."
Di mana Zinedine Zidane
Zidane ingin keluar rumah, tapi dia malu dilihat orang ramai. Maka menyamarlah dia dengan menggunakan pakaian perempuan dan make up. Tidak jauh dia keluar rumah, ada seorang nenek memanggil, "Zidane!!!kesini!!!"
Dia merasa malu, kerana penyamarannya sudah terbongkar. Dia segera berlari kembali ke rumah dan mengganti tema penyamarannya.
Kali ini dia keluar dengan menggunakan pakaian koboi dengan topi dan kacamata hitam. Sekali lagi tidak jauh dari rumah, dia dipanggil adengan nenek yang sama, katanya "Zidane!!!mau kemana??sini dulu bro.."(Dalam bahasa prancis)
Zidane yang lagi-lagi terbongkar penyamarannya, dengan kecewa dan segera berlari menuju rumah.
Kemudian dia mengganti tema penyamarannya. Kali ini dia menggunakan pakaian badut dengan make-up khas ala badut dan hidung khas badut.
Dia keluar rumah, dan tidak jauh dari rumahnya, dia bertemu dengan nenek yang sama, dan nenek itu memanggilnya, "Zidane!!!". Dengan perasaan kecewa karena berkali-kali penyamarannya terbongkar oleh nenek itu, dia datang menghampiri nenek itu. Dengan nada agak kesal dan geram, Zidane berkata kepada nenek itu dengan bahasa Prancis, "mau nenek apa ha??dari tadi panggil-panggil terus.." Kemudian nenek itu menjawab dengan suara agak berbisik, "ini aku, Bartez. Aku juga lagi menyamar, jangan bising-bising ya.."
Nok Ujang
One day, Amer balik dari outing dan beli majalah UJANG. Siap cover tak kasi Abu ni nampak. Lepas basuh baju, kemas sedikit sebanyak dan siapkan homework.. dia pun nak rilek ler kat atas katil. Majalah UJANG bawah tilam pun dia bawa keluar. Elok jer dia baring.. baru buka mukasurat pertama.. Abu kat bawah dia bersuara..
" Amer.. nok ujang.."
"Nanti la jap.. aku baru jer nak baca.." jawab lembut jer Amer.
"Ameer.. nok ujang tu" Abu tak putus asa.
" Nanti la dulu.. bagi la aku baca dulu.. nanti abih aku bagi kat hang laa!" panas sikit Amer.
"Amer ! Nok ujang !! " Suara Abu sedikit keras.
"Hang ni dah melampau.. kalau nak beli sendiri la.. apa.. hang ingat aku beli UJANG ni dengan duit bapak hang ka??"
Amer dah naik angin.. siap turun dari katil dia dah.
"Laaa.. aku kata tu.. haghi nok ujang tu.. mung basuh kaing.. kekgi basoh.." kecut jer Abu jawab..
Drummmmmm.. hujan pun turun dgn lebat.. Baju Amer kat ampaian pun basah kembali.